Sejarah

Sekolah Kebangsaan Tunku Muda Serting telah dibuka dengan rasminya pada 1 Januari 2001 dengan nama Sekolah Kebangsaan Bahau. Dalam tahun pertama penubuhan, sekolah ini menumpang di SK Jempol selama 1 tahun. Kumpulan yang pertama ini terdiri daripada Guru Besar: Tuan Haji Mohd Sabere b Zakaria, Guru Penolong Kanan 1: Pn. Hjh Normah bt Mahadi, GPK HEM: Pn Hjh Bahiyah bt Abu Zarin dan GPK Kokurikulum: En. Mohd Shah b Latif, guru seramai 15 orang, seorang pembantu tadbir dan seorang pembantu am rendah. Bilangan murid seramai 209 orang dari tahun 1 hingga tahun 5.

Januari 2002 sekolah ini berpindah menduduki bangunan sendiri dengan murid seramai 630 orang. Tahun ini juga kelas Pra Sekolah dijalankan dengan pengambilan seramai 25 orang murid dan tahun berikutnya diperluaskan ke dua kelas dengan 50 orang murid. Tahun ini juga buat pertama kalinya peperiksaan UPSR dijalankan dan 8 orang daripada 75 orang murid berjaya mendapat 5A.

Kini sekolah ini mempunyai 41 orang guru termasuk Guru Besar dan 8 orang kakitangan sokongan. Kelas pra juga turut bertambah menjadi 2 kelas. Satu aliran juga terdapat 3 dan 4 buah kelas mengandungi murid seramai 40-50 orang satu kelas. Kemudahan lain juga turut bertambah dan sekolah ini kerap dijadikan tempat kursus dan mesyuarat serta aktiviti lain di kawasan Jempol.

Kemudahan yang terdapat di SKTMS hingga kini:

Perpustakaan, Bilik Mesyuarat, Makmal Komputer, 2 buah Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Muzik, Bilik Pendidikan Seni, Bilik Skim SPBT, Kedai Buku, Kantin, Bilik Kerja, Bilik Guru, Bilik Akses Komputer, Pejabat Pentadbiran, Dewan Terbuka, Bilik BBM, bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Pemulihan, Surau, Bilik Kesihatan, Bilik Bank Soalan, Kelas-kelas, 2 buah Stor Peralatan Sukan, Stor Peralatan Kerja, Tandas, Padang dan Gelanggang Permainan.

0 comments:

Post a Comment